Click here for Myspace Layouts

Friday, April 22, 2011

Tidur Menurut ISLAM..




Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah SYURGA.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah MATI.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati SYAHID Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

DeKaTkAnLaH DiRi PaDaNYA...MiLiKiLaH RiNDu DaN KaSiHNYA...aGaR sEnTiaSa LeMaS DaLaM LauTaN CiNTaNYA...YaNG TaK LuNTuR PaSTi......

KESIHATAN MENURUT ISLAM



WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

- Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
- Selepas masuk waktu Asar.
- Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkena separuh dari badan.



BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

- Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
- Merosakkan warna kulit.
- Melemahkan jantung.
- Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
- Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
- Melemahkan kecerdasaan akal.



CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR

- Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
- Hindarkan dari tidur lewat malam.
- Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
- Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
- Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.


2 comments: